Fahmi Fadzil zahir rasa sedih atas pemergian Isma Aliff

LocalEntertainment
7 Jan 2026 • 2:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ucapkan takziah atas pemergian penyanyi dan pelakon era 80-an, Isma Aliff, yang meninggal dunia hari ini

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan rasa sedih atas pemergian penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Mohd Latiff Ismail.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang lebih dikenali dengan nama Isma Aliff menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Perginya seorang lagi penghibur yang pernah mewarnai dunia hiburan tanah air,” katanya.

Fahmi turut mendoakan keluarga Allahyarham supaya sabar dan tabah menghadapi ujian tersebut.

Media melaporkan Isma Aliff, 62, menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.30 pagi tadi di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

Berita kematiannya disahkan oleh adiknya, Shamsidah Ismail, 60.