Fahmi kecam tindakan ugut mahasiswa UM lepas persoal isu Najib, gesa buat laporan polis

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 5:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengecam tindakan membuli dan mengugut mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, susulan pandangan yang disuarakannya dalam satu forum baru-baru ini.

Berbeza pendapat tiada masalah

Memetik laporan daripada Bernama, beliau turut menggesa mangsa buli siber supaya segera membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti pelaku serta mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Menurut Fahmi, tindakan mengherdik dan mengugut mahasiswa berkenaan, termasuk ancaman untuk mencarinya di universiti, tidak mencerminkan adab dalam komunikasi dan tidak sepatutnya berlaku hanya kerana perbezaan pandangan.

“Kita boleh berbeza pandangan, tidak jadi masalah. Dalam kes adik Ummi ini, beliau menyuarakan pandangan dan kita tahu sekarang mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara.
“Maka, kita perlu raikan kerana ia tidak melanggar apa-apa undang-undang, malah tidak bersifat jenayah. Beliau hanya menegur perkara berkaitan jenayah rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Smart Parents Interactive Hub, hari ini.

Image from: Fahmi kecam tindakan ugut mahasiswa UM lepas persoal isu Najib, gesa buat laporan polis

Ada intipati lebih penting yang diketengahkan

Fahmi menambah, meskipun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan nada atau cara mahasiswa itu menyampaikan pandangannya, perkara lebih penting ialah intipati yang diketengahkan.

Menurutnya, pandangan tersebut mencerminkan hasrat untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang menyokong usaha membanteras kleptokrasi, selain menolak perbuatan menyamun, merompak dan rasuah.

Image from: Fahmi kecam tindakan ugut mahasiswa UM lepas persoal isu Najib, gesa buat laporan polis

Terdahulu, Ummi Umairah mempersoalkan tindakan orang ramai menderma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda mahkamah berjumlah RM50 juta ketika satu forum terbuka bersama pemimpin UMNO.

Pandangan itu kemudiannya mengundang kecaman di media sosial, termasuk komen berbaur ugutan terhadap mahasiswa berkenaan.

Sehubungan itu, Fahmi menyatakan MCMC akan menyemak tindakan yang boleh diambil berhubung kes berkenaan dan menegaskan suruhanjaya itu akan bertindak secara proaktif, bukan sekadar menunggu laporan dibuat.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved