Fahmi nafi pegawai disiasat SPRM

13 May 2023 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi Fadzil - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menafikan dakwaan bahawa seorang daripada pegawainya sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk dirinya sendiri.

"Semua pegawai saya setakat sekarang ini, masih berkhidmat seperti biasa dan tiada siapa pun yang dipanggil SPRM. Perkara ini telah kita sahkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Menteri Bersama Warga KKD Terengganu di Auditorium RTM, di sini pada Sabtu.

Fahmi berkata, beliau sudah meminta setiausaha politiknya untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan itu kerana ia merupakan tuduhan yang tidak berasas.

"Saya beri peringatan dan nasihat, kalau tidak pasti jangan kongsi. Sila semak sebelum sebar dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga memantau dan sekiranya perlu ambil tindakan maka tindakan akan diambil,” katanya.

Semalam, portal Edisi Siasat menerusi saluran Telegram, mendakwa Fahmi dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved