Nik Nazmi turut nafi pegawainya disiasat SPRM

LocalPolitics
13 May 2023 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nik Nazmi

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Sabtu menafikan dakwaan kononnya pegawai beliau telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes rasuah.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa telah memecat pegawainya kerana terpalit dengan isu rasuah.

"Setakat ini, tiada pegawai saya yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, jika terdapat sebarang siasatan, Nik Nazmi menegaskan beliau dan mana-mana pegawainya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Semalam, portal Edisi Siasat mendakwa Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved