Fahmi nafi 'sekat' Ridhuan Tee

16 Dec 2022 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan bahawa beliau mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah terkenal, Professor Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul di kaca televisyen.

Menurutnya, program tersebut bukan di bawah bidang kuasa beliau.

"Tidak," katanya ringkas menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan amanat di kementeriannya di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan yang mengaitkannya dengan arahan yang menyekat penampilan Ridhuan Tee di dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Kedudukan tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu di dalam program yang bersiaran jam 9 malam Khamis di saluran televisyen RTM itu diganti oleh pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved