Fahmi rakan penghargaan kepadan warga TV sempena Hari Televisyen Sedunia

LocalEntertainment
21 Nov 2025 • 7:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hargai warga televisyen Malaysia sempena Hari Televisyen Sedunia, penggerak pendidikan & hiburan rakyat

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan penghargaan kepada warga industri televisyen yang disifatkannya sebagai tulang belakang dalam menyampaikan pelbagai bentuk informasi dan hiburan kepada rakyat. 

“Suara, cerita dan realiti. Terima kasih kepada semua warga TV yang menjadi tulang belakang kepada pelbagai bentuk informasi dan hiburan.

“Selamat Hari Televisyen Sedunia!,” katanya dalam kenyataan ringkas sempena sambutan itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) telah mengisytiharkan 21 Nov sebagai Hari Televisyen Sedunia bagi memperingati Forum Televisyen Sedunia yang kali pertama diadakan pada 1996.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf televisyen sebagai sumber pendidikan dan hiburan yang positif serta medium penting yang mendukung kebebasan berekspresi dan mempromosikan kepelbagaian budaya.

Sambutan itu juga bertujuan mengiktiraf peranan televisyen sebagai medium maklumat, pendidikan dan hiburan yang memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat. – Bernama