Fahmi sertai 3,000 peserta larian Merdeka 6.8KM di Muar

FootballSports
27 Jul 2025 • 10:49 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MUAR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyertai kira-kira 3,000 peserta program Merdeka 6.8KM Fun Run & Walk yang berlangsung meriah di Dataran Tanjung Emas sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2025 hari ini.

Fahmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, melepaskan peserta pada jam 7.08 pagi sebelum turut serta berlari bersama pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, komuniti pelari, serta wakil agensi kerajaan.

“Antara pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi yang turut menyertai larian ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Mano Verabathran, dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Mazlan Abd Mutalib,“ menurut kenyataan rasmi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan turut hadir dalam acara tersebut. Suasana larian dipenuhi semangat patriotik dan kesukanan, dengan peserta mengibarkan Jalur Gemilang sambil melalui laluan ikonik di sekitar Bandar Maharani.

Peserta yang mendaftar awal menerima baju edisi khas, manakala 1,000 peserta terawal yang menamatkan larian diberikan pingat penghargaan serta peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

MPBKKJG 2025 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 10 pagi ini - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved