Fahmi Terima Kunjungan Hormat Duta China Dan Amerika Syarikat

11 Jan 2023 • 9:50 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fahmi Fadzil bersama Brian D. McFeeters dan Ouyang Yujing - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Hubungan erat Malaysia dan China akan diteruskan terutamanya melibatkan kerjasama dalam bidang komunikasi dan ekonomi digital, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menerusi perkongsian di Facebooknya semalam, beliau berkata hubungan erat itu juga sekali gus menggalakkan pelaburan daripada syarikat berasaskan teknologi digital dari China.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia Ouyang Yujing dan delegasi di pejabatnya di Putrajaya.

Sementara itu menerusi catatan lain, Fahmi turut memaklumkan menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters di pejabatnya.

Beliau berkata Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkasa ruang kerjasama dalam bidang telekomunikasi, ekonomi digital dan keselamatan siber, yang sekali gus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.

Antara yang turut hadir dalam kedua-dua pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved