MITI harap hubungan perdagangan Malaysia-China terus mengukuh: Zafrul

PoliticsBusiness & Finance
6 Jan 2023 • 7:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap hubungan perdagangan Malaysia-China akan terus diperkukuhkan menerusi penglibatan berterusan antara kedua-dua negara, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian menerusi laman Twitternya selepas bertemu dengan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing, hari ini.

Semasa pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China serta langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala, katanya.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 13 tahun berturut-turut (2009-2021).

Semasa wawancara bersama saluran CNBC semalam, Tengku Zafrul berkata langkah China untuk membuka semula sempadannya minggu depan memberi prospek yang baik kepada sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia.

Menurut data daripada Tourism Malaysia, semasa tempoh sebelum pandemik, China menyumbang kedatangan pelancong ketiga terbesar di Malaysia dengan kira-kira 3.1 juta pelancong dari negara tersebut melawat Malaysia pada 2019, daripada keseluruhan 26.1 juta orang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved