Fahmi: Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan, elak berita berdasarkan sumber

LocalPolitics
30 Jan 2024 • 6:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Pengamal media diminta menantikan kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Merujuk kepada laporan sebuah portal yang memetik sumber mengatakan bahawa Najib telah mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata adalah penting bagi pengamal media memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum berita itu diterbitkan.

Beliau berkata dalam isu-isu besar, adalah penting untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi apabila memilih untuk melaporkan berita berdasarkan sumber.

“Saya juga semak dengan StratComm Kabinet dan YB Azalina (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said).. kita kena tunggu (kenyataan) Lembaga Pengampunan,” katanya ketika berucap pada Perhimpuan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 1/2024 di sini hari ini.

Semakan mendapati portal berkenaan telah menarik balik berita mengenai pengampunan Najib atas alasan fakta yang tidak dapat disahkan dan turut memohon maaf kepada pembaca. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved