Najib Bebas? Dr Zaliha Minta Orang Ramai Tunggu Kenyataan Rasmi

Politics
30 Jan 2024 • 5:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Zaliha Mustafa minta orang ramai tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan mengenai pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Astro Awani, Mesyuarat Lembaga Pengampunan telah berlangsung di Istana Negara, semalam namun, agenda dalam mesyuarat tersebut tidak boleh dimaklumkan secara terperinci memandangkan ia adalah maklumat sulit.

Dr Zaliha minta tunggu kenyataan rasmi

image is not available

“Tunggu kenyataan rasmi Lembaga (Pengampunan),” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri majlis di ibu kota, pada Selasa.

Difahamkan, mesyuarat itu merupakan yang terakhir dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Usul mengenai pembebasan Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula 23 Ogos, 2022, turut dimasukkan dalam agenda mesyuarat tersebut.

image is not available

Umum sedia maklum bahawa bekas pemimpin yang berusia 69 tahun sedang menjalani hukuman di penjara Kajang susulan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta tersebut.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak terima US$681 juta daripada Tanore Finance Corporation disyaki wang rasuah yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)