Fahmi ucap tahniah kepada MAWO kerana raih Anugerah Emas di Prague

LocalMusic
23 Jun 2025 • 1:15 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Felda Trolak, Perak atas kejayaan merangkul Anugerah Emas Golden Diploma Award di Festival Antarabangsa Orkestra Tiupan 2025 di Prague, Republik Czech.

Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai suatu kebanggaan buat keluarga besar Felda dan seluruh rakyat Malaysia.

"Bayangkan, anak-anak Felda ini baru sahaja menghidupkan semula orkestra ini, tetapi sudah berjaya membuktikan bahawa anak Felda benar-benar Mendonia!," katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Kejayaan MAWO itu turut mengharumkan nama negara apabila mengetepikan tujuh kumpulan orkestra lain dari enam negara dalam kategori kelas pertengahan (middle class) sekali gus menjadi satu-satunya peserta dari Asia yang menawan pentas antarabangsa tersebut. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved