Fahmi ucap takziah atas pemergian aktivis teater, Rosminah Tahir

20 May 2024 • 8:18 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis teater tanah air yang juga bekas Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA) Rosminah Mohd Tahir, yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi dalam satu hantaran ringkas di laman X berkata Rosminah, merupakan antara sumber inspirasi beliau ketika bergiat dalam bidang teater tidak lama dahulu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian Rosminah, 65, dikongsikan rakan penggiat seni, seniwati Fauziah Nawi dan pelakon veteran Zulkifli Ismail, masing-masing menerusi hantaran di Faceook, semalam.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, petang semalam dan difahamkan jenazah dibawa pulang ke Muar, Johor malam tadi untuk dikebumikan pagi ini.

Selain berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Aswara, Allahyarham juga pernah mengarah beberapa pementasan teater berskala mega, seperti Di Bawah Lindungan Kaabah; Muzikal Tun Mahathir; Muzikal Lantai T Pinkie; Muzikal Ibu Zain; Nyonya; Li Po; Mak Dara Nyonya dan Anugerah. - 20 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved