Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM

2 May 2023 • 9:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM, Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah yang meninggal dunia dalam kemalangan hari ini.

Beliau berkata khabar pemergian Mohd Zubairy, 46, yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lipis-Benta menghala ke Kuala Lumpur adalah satu berita yang amat sedih. 

“Saya doakan segala dosa Allahyarham diampuni dan rohnya ditempatkan dalam kalangan para solehin. Takziah buat keluarga dan kenalan Allahyarham. Al-fatihah,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

image is not available
Fahmi Fadzil

Turut mengucapkan takziah ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Menurut satu hantaran di Facebook Berita RTM dan laporan di berita.rtm.gov.my, kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Mohd Zubairy dari Kelantan menuju ibu negara terbabas, sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved