“Boleh cakap elok-elok” – ‘Sound’ Pembaca Berita Ketika Siaran Langsung, Dato’ Hattan Dikecam Netizen

Entertainment
29 Apr 2023 • 10:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita pemergian vokalis kumpulan tanah air, Mael XPDC. Kami di Lobak Merah turut bersimpati atas pemergian arwah dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Sewaktu negara meratapi pemergian vokalis lagenda itu, stesen penyiar berita sempat menemubual rakan seangakatannya ketika genre muzik rock berada dikemuncak, iaitu Dato’ Hattan.

Dalam temubual menerusi panggilan telefon itu, cara Dato’ Hattan menjawab pertanyaan pembaca berita telah mengundang buah mulut netizen. Korang boleh tengok video temubual tu yang dimuat naik oleh @fadmnf di bawah.

Boleh cakap elok-elok

Ternyata hampir semua netizen tidak berpuas hati dengan cara Dato’ Hattan menjawab soalan yang diajukan oleh pembaca berita.

image is not available
Sumber: google image

Ramai yang berpendapat penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu boleh memilih untuk menjadi lebih santun ketika menjawab soalan.

image is not availableBetul, min setuju Dato’ tak perlu buat macam tu. Benda boleh cakap elok-elok. Kan susah bila peminat pun dah tak boleh backup.

image is not availableMin dengara cara Dato’ jawab soalan tu pun agak tak professional. Kesian akak pembaca berita tu terpinga-pinga lepas kena sound.

image is not availableInilah risiko bila buat interview live. Kadang-kadang akan terjadi sesuatu benda yang diluar kawalan dan tak ikut plan asal. Tambah pulak dengan berita kematian kan, lain orang lain cara react nya.

image is not availableSetuju, nak tegur kalau orang ada buat silap, memang ada caranya. Kalau tak kena cara, kita sebagai penonton pun boleh ikut tersinggung.

Apa-apa pun, semoga roh arwah Mael XPDC ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih kerana pernah menghiburkan kami.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.