Faisal Halim dijangka kembali beraksi Januari depan susulan kecederaan dialami

26 Oct 2026 • 10:17 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Faisal Halim dijangka kembali beraksi Januari depan susulan kecederaan dialami

SHAH ALAM, 26 OKT: Faisal Halim terlepas aksi persahabatan Harimau Malaya menentang China apabila dijangka hanya kembali beraksi secara kompetitif seawal Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon berkata pemain yang mesra disapa Mickey itu masih memerlukan dua hingga tiga bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Pemulihan beliau nampak positif, tetapi ototnya mengalami koyakan agak teruk. Saya fikir dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, beliau boleh kembali menyertai pasukan dalam latihan dan perlawanan.

“Januari mungkin adalah jangka waktu paling selamat untuk dia kembali beraksi secara kompetitif,” katanya lapor KOSMO Online.

Ketiadaan pemain berpengalaman itu menjejaskan perancangan Harimau Malaya, selain memberi kesan kepada persiapan Selangor mengharungi baki saingan musim ini.

Image from: Faisal Halim dijangka kembali beraksi Januari depan susulan kecederaan dialami
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon ditemui media selepas Majlis Serahan Sumbangan Atlit Sukan Yayasan MBI di Ibu Pejabat MBI di Shah Alam pada 9 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Mengulas lanjut, Dr Johan berkata kehadiran Faisal yang juga Kapten Selangor FC di stadium dan bilik persalinan tetap memberi impak besar kepada pasukan meskipun belum dapat beraksi.

Menurutnya, penglibatan pemain itu membantu meningkatkan motivasi dan semangat rakan sepasukan.

“Di atas padang, kita kehilangan Faisal tetapi di luar padang, kehadiran dan penglibatannya sangat bermakna.

“Dia sentiasa memberikan sokongan, dorongan serta kata-kata semangat kepada rakan sepasukan,” katanya.

Faisal mengalami kecederaan ketika membantu skuad kebangsaan menentang Indonesia dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026, bulan lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved