Faisal Halim Hatrik, Tamatkan 447 Hari Kemarau Gol

Entertainment
9 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Faisal Halim membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila berjaya mencetak hatrik dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang berkesudahan dengan jaringan 7-0 oleh Selangor FC.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, jaringan ini bukan sahaja menamatkan kemarau gol selama 447 hari sejak kali terakhir dia menjaringkan gol musim lalu ketika menentang PDRM FC.

Dalam pada itu, ia juga menjadi simbol kebangkitan buat pemain sayap lincah itu selepas insiden tragis simbahan asid pada Mei tahun lalu yang memaksanya menjalani pembedahan.

image is not available

Meskipun berdepan cabaran besar, Faisal yang lebih mesra dengan panggilan Miki itu tidak pernah berputus asa dan terus bekerja keras untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

Persembahan cemerlangnya malam tadi memberi bayangan bahawa dia kini bersedia merebut tempat dalam skuad kebangsaan yang bakal menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2027 hujung bulan ini.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.