Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM

LocalFootball
30 Aug 2024 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamidin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Faisal di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis. Foto FB Faisal Halim.

TONGGAK bola sepak negara, Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.

Pemain berusia 26 tahun itu pada Khamis membuat kejutan ke atas rakan sepasukan skuad Harimau Malaya apabila mengunjungi sesi latihan mereka di Kelana Jaya sebagai persediaan mengharungi Pestabola Merdeka minggu depan.

Malah pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut dikejutkan dengan kesudian Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menghulurkan sumbangan peribadi kepadanya.

"Terima kasih kepada FAM khususnya presiden, Datuk Hamidin atas pemberian sumbangan ikhlas kepada saya pada pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam (Khamis).

"Saya berasa cukup terharu dengan keprihatinan beliau dan FAM yang sentiasa menjaga kebajikan para pemain Harimau Malaya.

"Besar maknanya sumbangan yang saya terima ini kerana ia menjadikan saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk kembali pulih dan dapat beraksi semula bersama skuad Harimau Malaya," catat beliau menerusi Facebook pada Jumaat.

Faisal yang mesra disapa Mickey turut menyifatkan pertemuan dengan barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan sebelum sesi latihan membangkitkan semangatnya untuk kembali bersama Harimau Malaya selepas ini.

“Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang sentiasa setia membuat liputan mengenai perkembangan saya dan pasukan Harimau Malaya.

“Kepada semua, teruskan menyokong Harimau Malaya!” katanya.

@sinarharianonline

Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #FaisalHalim #Hamidin #FAM #BolaSepak

News - ComaStudio

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved