Hamidin Akhirnya Buka Kisah Sebenar, Dedah Pan-gon Sendiri Minta Dilepaskan

LocalFootball
30 Aug 2024 • 10:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menzahirkan rasa kecewa apabila peminat dan penyokong menghentam FAM atas perletakan jawatan jurulatih negara, Kim Pan-gon.

Menurut laporan Harian Metro, Hamidin berkata, Pan-gon meminta untuk dilepaskan dengan alasan isu keluarga namun sebenarnya dia sudah membuat perjanjian dengan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai yang jelas telah menyalahi dan melanggar kontrak.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Selepas Pan-gon balik bercuti dua minggu dan kemudian minta lagi seminggu, beliau jumpa dengan saya dan mohon untuk lepaskan kontrak lebih awal untuk pulang ke Korea atas urusan isteri dan keluarga.

“Mulanya saya minta beliau bertahan sehingga kontrak habis. Keesokan harinya beliau jumpa saya lagi, minta lagi macam ‘orang gila talak’ dan saya kata padanya tunggu sehingga hujung tahun ini pula,” katanya.

image is not available

Foto: Kosmo!

Beliau juga berkata, sehari sebelum berangkat ke Mallorca bagi melakukan tinjauan persiapan atlet negara untuk Sukan Olimpik, Pan-Gon datang semula dan merayu untuk dilepaskan.

“Akhirnya saya bersetuju. Saya tahu keputusan saya itu akan membuatkan peminat marah kepada FAM, tapi ini kebenaran yang peminat perlu tahu.

“Saya kecewa kerana FAM jadi mangsa sedangkan apa yang dilakukan Pan-gon memang tak profesional. Beliau tak cerita hal sebenar rupanya nak pergi ke Ulsan Hyundai tapi beri alasan mengenai keluarga,” jelasnya.

image is not available

Foto: The Star

Hamidin turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak profesional Pan-Gon, namun tidak mahu menyaman dan meminta pampasan berikutan masih mengenangkan jasa-jasanya sepanjang bersama Harimau Malaya.

Perletakan jawatan yang dibuat Pan-Gon secara mendadak pada Julai lalu membuatkan FAM bertindak melantik pembantunya, Paulo Marti Vicente bagi mengisi kekosongan itu.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)