“Fake Tak Ada Kawan” – Individu ‘Kantoi’ Kutuk Beria Tapi Minta Bantuan Kewangan Dari Fazura

EntertainmentLifestyle
10 Aug 2025 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bukan mudah ya jadi artis, kadang kala mereka akan berhadapan dengan situasi di mana peminat mungkin mempunyai niat tersembunyi dan bermuka-muka.

Terbaru, Fazura telah memuat naik satu tangkapan skrin mengenai seorang individu digelar Puan Lola yang meminta bantuan barangan bayi. Katanya, dia perlu berjimat memandangkan dia tidak dapat bekerja beberapa bulan sebelum dan selepas bersalin.

Jasa baik dari sis Fazura amat saya hargai.

image is not available

Malah Fazura dilihat memohon maaf kerana terlepas pandang mesej terus ini dan berdoa semoga urusan Puan Lola dipermudahkan.

Walau bagaimanapun, dalam ruangan komen Threads yang sama, netizen lain mendedahkan bahawa individu berkenaan sebenarnya seorang yang sering meninggalkan komen jelek mengenai Fazura.

image is not available

Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut melihat sifat hipokrit wanita itu yang meminta bantuan pada Fazura meskipun sering mencerca dan berkata-kata jahat mengenai wanita itu dibelakangnya.

image is not available

Khabarnya, ada sesetengah komen Puan Lola telah dipadam setakat ini.

image is not available 2025-08-08 19:24:05

(VIDEO) "Fatima Tak Pandai, Fatima Tak Comel" - Fazura Berkerut Dengar Luahan Anak