Fakta Menarik Tentang Kucing ‘Oyen’ Kenapa Tak Reti Duduk Diam Dan Nakal!

7 Oct 2022 • 6:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nakal dan tak reti duduk diam. Itulah dua perangai yang boleh digambarkan mengenai kucing yang berwarna oren ataupun kebanyakan daripada kita panggil ‘Oyen’. Tambahan pula, ada sesetengah pencinta kucing yang pening kepala menjaga si bulus berwarna oren ini. Yela sebab terlalu nakal!

Banyak video telatah kucing berwarna oren ini yang telah dikongsikan di media sosial dan rata-rata aksi mereka sudah tentu membuatkan kita tidak kering gusi dan terhibur apabila melihatnya.

Namun, korang pernah terfikir tak mengapa kucing ‘Oyen’ ini boleh dikatakan nakal dan tidak boleh duduk diam sentiasa?

Mari min kongsikan beberapa fakta menarik mengenai si bulu ini!

Fakta menarik tentang kucing ‘Oyen’ kenapa tak reti duduk diam dan nakal!

Sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok, memaparkan beberapa fakta mengenai kucing oren yang mungkin ramai yang tidak tahu.

@stepinpetshop.official

Pencinta kucing mesti tau kenakalan si OYEN image is not available. Jom tengok fakta tentang mereka! #stepinpetshop #info #educational #pencintakucing #catlover #oyen #foryou

♬ r&b loop – Official Sound Studio

1. DNA kucing Oyen hampir sama dengan harimau

Menurut sumber, DNA kucing oren mempunyai hampir 96% persamaan dengan harimau. Namun, korang tak boleh anggap mereka sama kerana seperti yang kita tahu, harimau tetap menjadi harimau yang berbahaya untuk dibela kerana dari segi saiz badan dan juga taringnya yang lebih tajam dan kuat.

2. Kucing oren disukai oleh The Vikings pada zaman dulu

Menerusi video tersebut, kucing oren sebenarnya pernah disukai oleh pahlawan The Viking dan difahamkan mereka membela kucing oren ini untuk mengawal haiwan perosak seperti tikus semasa di atas kapal.

Personalitinya yang garang dan sangat berani walaupun berhadapan risiko mati juga menjadi faktor pahlawan ini sangat berkenan untuk membela kucing oren.

image is not available

3. Semua Oyen jenis kucing ‘Tabby’

Untuk pengetahuan korang, Tabby adalah merupakan corak yang berjalur dan berbintik pada kucing oren ini. Salah satu tanda terbesar ada pada kucing ini adalah corak huruf ‘M’ pada dahi si bulu ini.

4. Kucing jantan lagi banyak daripada betina

Menurut video tersebut, kucing oren jantan lebih banyak daripada kucing oren betina. Misalnya, dalam 10 ekor kucing oren ada lapan ekor jantan dan dua ekor betina.

Netizen kongsi perangai kucing mereka di rumah, ada yang setuju!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan perangai mereka yang nakal dan ada yang berkongsi mengenai kucing oren mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

Jadi, tak peliklah bila kucing Oyen ini nakal semacam kerana mereka sangat hyper dan dominan dalam antara baka dan warna kucing yang lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.