Faktor Kesihatan, SPRM Tangguh Rakam Percakapan Ismail Sabri

LocalPolitics
5 Mar 2025 • 9:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Proses rakaman percakapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dijadual esok ditangguhkan pada Jumaat.

SPRM tangguh rakam percakapan Ismail Sabri

Menurut laporan Free Malaysia Today, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, proses memberi keterangan bekas Naib Presiden UMNO itu ditangguh atas faktor kesihatan.

“Rakaman percakapan beliau akan dibuat pada 7 Mac, jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM,” kata sumber tersebut.

Terdahulu, Ismail Sabri dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas dikatakan pengsan dan tidak sedarkan diri, pada 22 Februari lalu.

image is not available

Foto: Bernama

Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa Ismail Sabri adalah suspek, bukan lagi saksi dalam siasatan isu perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti ketika memerintah negara.

Menerusi sidang media, Azam berkata Ahli Parlimen Bera itu sudah menghantar notis pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu sebelum dipanggil untuk diambil keterangan pertama pada 19 Februari.

image is not available

Foto: Berita Harian

Turut dipamerkan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta, hasil rampasan dalam tiga premis termasuk sebuah ‘safehouse’.

Kemudian pada 23 Februari, SPRM dilaporkan menahan empat bekas pegawai yang mempunyai kaitan dengan Ismail Sabri.