FAM belum muktamad tarikh Pestabola Merdeka

LocalFootball
27 Mar 2025 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noor Azman

PIHAK Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa mereka masih belum memuktamadkan tarikh penganjuran Pestabola Merdeka 2025.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, sebarang keputusan akhir berhubung penganjuran kejohanan tertua Asia itu hanya akan dibuat setelah mengadakan perbincangan bersama pasukan kebangsaan dan pihak berkaitan.

"Kami akan berbincang dengan pasukan kebangsaan dan melihat perancangan mereka, kemungkinan pada bulan September.

"Bagaimanapun, buat masa ini, tiada sebarang keputusan rasmi yang boleh diumumkan," katanya kepada pemberita.

Noor Azman berkata demikian bagi mengulas mengenai tarikh penganjuran Pestabola Merdeka edisi ke-44, yang menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Untuk rekod, Pestabola Merdeka merupakan kejohanan bola sepak jemputan tertua di Asia yang lazimnya dianjurkan setiap tahun.

Tambah Noor Azman, keputusan mengenai penganjuran Pestabola Merdeka juga akan mengambil kira pandangan jurulatih baharu Harimau Malaya serta jawatankuasa pengurusan pasukan.

"Kami akan membawa perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan untuk perbincangan lanjut.

"Ini kerana, jurulatih baharu juga mungkin mempunyai perancangan sendiri, termasuk perlawanan persahabatan yang telah dirancang," katanya.

Mengulas mengenai aksi persahabatan dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Noor Azman berkata, ia hanya merupakan khabar angin dan FAM juga tidak ada menerima pemakluman hitam putih berhubung perkara tersebut.

"Lawan Manchester (United), itu adalah satu syarikat yang buat. Dia buat lawan dengan bintang-bintang ASEAN kan?

"Kami pun tak dapat secara hitam putih (rasmi) mengenai perlawanan itu," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved