Hamidin mampu beri nilai tambah kepada FAM

FootballSports
21 Mar 2025 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noor Azman

PENGARUH bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin sepanjang menerajui badan induk itu tidak dinafikan memberikan impak besar kepada ekosistem sukan tersebut.



Malah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman percaya Hamidin yang masih memegang jawatan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selain Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mampu memberikan nilai tambah kepada presiden baharu Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub.



Biarpun begitu Noor Azman menegaskan FAM pada masa ini belum lagi mengadakan perbincangan untuk mewujudkan jawatan posisi Presiden Kehormat untuk bekas presiden ketujuh tersebut.



"Biarpun begitu, FAM sentiasa bersedia mendengar nasihat Hamidin yang memiliki pengalaman luas bagi memperkasakan segenap aspek badan induk ini.



"Ya, pengalaman Tan Sri (Hamidin) dalam pengurusan bola sepak dalam dan luar negara merupakan sesuatu yang amat berharga buat arena bola sepak Malaysia.



"Ini kerana beliau masih lagi mempunyai peranan sebagai Ahli Majlis FIFA hingga 2027, selain kedudukan dalam AFC," katanya semasa Majlis Berbuka Puasa FAM bersama media pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved