FAM Dilapor Bakal Dirombak, Kim Pan-gon Letak Jawatan?

16 Jul 2024 • 12:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas pada petang ini dan difahamkan ia berkaitan dengan rombakan kepimpinan tertinggi badan induk itu.

image is not available

Menerusi satu hantaran di X, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memuat naik beberapa keping foto berkaitan sidang media itu.

Bagaimanapun, Zulhelmi tidak mendedahkan sama ada rombakan tersebut bakal dilaksanakan pada kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad itu.

image is not available

“Satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?” katanya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Korean Football News menerusi X pula membuat hantaran mendakwa ketua jurulatih Kim Pan Gon bakal mengadakan sidang media hari ini untuk mengumumkan dia bakal letak jawatan.

“Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, Kim Pan Gon bakal mengadakan sidang media pada hari ini untuk mengumumkan perletakan jawatannya,” tulis Korean Football News.

Kim Pan-gon letak jawatan?

image is not available

Sekadar info, Kim Pan Gon telah membimbing pasukan kebangsaan sejak 2022 dan memberikan sumbangan yang sangat besar terhadap skuad negara.

image is not available

Antara sumbangan beliau adalah membantu skuad kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia 2023 dan Kelayakan Piala Dunia 2026.

View Original Article