FAM perlu segera lantik jurulatih tetap

LocalFootball
14 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: FAM perlu segera lantik jurulatih tetap

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak seharusnya melihat keputusan positif pada kempen Piala ASEAN FIFA sebagai alasan untuk tidak mencari jurulatih yang lebih berwibawa di peringkat antarabangsa.

Penganalisis bola sepak, Datuk Dr. Pekan Ramli berpanda­ngan keputusan kejohanan itu tidak wajar dijadikan talian hayat untuk menentukan masa depan pengendali interim, Tan Cheng Hoe.

Menurut Pekan, perancangan mencari pengganti perlu digerakkan oleh badan induk bola sepak negara itu bermula dari sekarang.

“Bukannya keputusan perlawanan di Piala ASEAN FIFA ini sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk Cheng Hoe. Bagi saya, bukan.

“Kalau perancangan kita (FAM) adalah untuk mencari jurulatih berwibawa bagi menggantikan Cheng Hoe, kita sudah perlu buat daripada sekarang.

“Bukan kita mahu melihat keputusan di Piala ASEAN FIFA ini sebagai talian hayat untuk Cheng Hoe. Saya tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya kepada Kosmo!.

Sebagai rekod, Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan sebelum ini menjelaskan kedudukan Cheng Hoe akan dibincangkan bersama Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan dan Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu.

Ketika ini, masa depan Cheng Hoe menjadi perhatian walaupun Harimau Malaya menampilkan prestasi cukup memberangsangkan apabila meraih kedudukan ketiga pada kempen Piala ASEAN FIFA 2026 tanpa tewas selain tidak dibolosi.

Malah, Cheng Hoe turut membantu pasukan menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam selepas mencatat kemenangan 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga minggu lalu.

Tugas Harimau Malaya selepas ini adalah mengharungi aksi persahabatan antarabangsa menentang China bulan depan sebelum membuat persiapan rapi bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2030 tahun depan.

The post FAM perlu segera lantik jurulatih tetap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved