FamilyMart Gantung Tugas Pekerja Wanita Didakwa Curah Kuah Oden Pada Rider Makanan

28 May 2026 • 4:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: FamilyMart Gantung Tugas Pekerja Wanita Didakwa Curah Kuah Oden Pada Rider Makanan

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita yang juga pekerja kedai serbaneka, FamilyMart di The Core, Damansara yang didakwa menyimbah sup oden kepada seorang rider penghantar makanan.

FamilyMart gantung pekerja wanita tular simbah sup oden kepada rider hantar makanan

Terbaharu FamilyMart tampil memaklumkan pihaknya telah menggantung pekerja berkenaan sementara siasatan dalaman dilakukan.

Syarikat kedai serbaneka tersebut menjelaskan pihaknya memandang serius insiden tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Tidak akan berkompromi dengan tindakan biadap dan tidak menghormati orang yang ada dalam kedai

“Pasukan kami sedang menyiasat kejadian itu dengan segera dan kakitangan (yang didakwa) terlibat telah digantung tugas.

“FamilyMart tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang biadap, tidak selamat mahupun tidak hormat kepada sesiapa pun di kedai kami,” katanya, dipetik FMT.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk bersabar sementara siasatan sedang dilakukan, tambahnya lagi tindakan lanjut juga akan diambil jika perlu.

Perkara sama turut dikongsikan FamilyMart menerusi satu komen balas di Facebook.

Image from: FamilyMart Gantung Tugas Pekerja Wanita Didakwa Curah Kuah Oden Pada Rider Makanan

Rider dakwa awalnya tanya mengenai pesanan sebelum sup oden dicurahkan

Terdahulu menerusi video yang tular, rider berkenaan mendakwa awalnya dia hanya bertanya mengenai pesanan dipercayai minuman kopi latte panas yang perlu diambilnya.

Namun dakwanya pertanyaan itu membuatkan pekerja itu tidak berpuas hati.

Dalam video sama, turut kelihatan pekerja yang sedang memegang sup oden pada tangannya secara tiba-tiba menyimbah makanan berkuah tersebut ke arah rider terbabit serta bertanya apakah yang dilakukan oleh rider itu.

Tindakan pekerja itu secara tidak langsung mengundang perhatian orang ramai.

@manteps

Aina syazwani kot namanya. Terpaling manager branch family mart the core kota damansara. Aku tanya elok2 pasal order ni, dua kali menjawab cara kasar. Aku tanya apa masalah nak kasar2 kurang ajar suara n jawapan? Aku nk rekod je trus dia simbah kuah kari oden panas2tu kat aku. Takpe kita tengok kau punya tahap kurang ajar tu sampai mana #fyp #viral #grabfood #familymartmalaysia

♬ original sound – м α η т є ρ – м α η т є ρ
View Original Article