Fara Salleh dedah Shuk lafaz cerai melalui panggilan telefon – “Talak jatuh lepas bersalin”

LocalEntertainment
7 Apr 2025 • 3:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak Shuk Sahar didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Fara Salleh menerusi panggilan telefon.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fara di Insta-Storynya, dia berkongsi satu rakaman video yang mendedahkan Shuk melafazkan cerai tersebut ketika berada di Thailand.

Bagaimanapun, Fara berkata akan mendapatkan pengesahan berkaitan penceraian tersebut selain mendakwa ada pihak yang menghasut suaminya itu untuk bertindak demikian.

Shuk lafaz cerai

image is not available

“Dasar pengecut Shuk, takut ke nak cerai kat Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ni yang culas ke? Takut bagi nafkah kat anak sah kau ni ke?

“Anyway talak akan jatuh selepas aku bersalin. Nafkah dah la culas. Well aku tetap akan proceed kat Malaysia sebab aku nak pengesahan jugak kat malaysia. Ada la tu yang menghasut suruh ceraikan kat sana,” dakwanya.

Malah, Fara meluahkan rasa syukur apabila Shuk mendedahkan sikap yang sebenar dan menganggap pelawak itu pengecut kerana mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka di Thailand.

Shuk lafaz cerai

image is not available

image is not available

“Alhamdulillah kau dah buktikan siapa diri kau sebenar. Dasar pengecut.

“Sebab tu dari awal pregnant memang dia tak suka aku mengandung. Tengok skrang dia lari dari tanggungjawab settle semua kat sana,” katanya lagi.

Sebelum ini, Fara pernah bernekad untuk bercerai selepas melihat suaminya itu tidak mempunyai usaha memperbaiki masalah rumah tangga dihadapi mereka.

image is not available

Dakwanya, Shuk hanya mementingkan hubungan persahabatan dengan kawan-kawan berbanding isteri yang sedang sarat hamil.

Sekadar info, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023. Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Sumber: Instagram @Fara Salleh