“Adalah tu yang menghasut” – Shuk Sahar Didakwa Ceraikan Fara Salleh Melalui Panggilan Telefon Dari Thailand?

Entertainment
7 Apr 2025 • 3:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelawak Shuk Sahar didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya iaitu Fara Salleh menerusi panggilan telefon, difahamkan pada waktu lafaz cerai itu dilakukan, Shuk sedang berada di Thailand.

Menerusi IG Story milik Fara, satu rakaman video dimuat naik hari ini, menunjukkan satu panggilan telefon bersertakan suara daripada seorang lelaki yang dipercayai Shuk Sahar malafazkan cerai talak satu kepadanya.

Jelas Fara kepada mStar Online, lafaz cerai itu dibuat kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi dan ia dilakukan di pejabat agama Satun, Thailand tempat di mana mereka berdua diijabkabulkan.

image is not available

image is not available

“Dia bersama imam dan pegawai di sana. Tapi saya pun tidak pasti kenapa dia nak lafaz cerai Thailand.”

“Sebab pihak pegawai itu juga memaklumkan perceraian tetap perlu diuruskan di Malaysia.”

image is not available

Dalam hantaran lain, Fara meluahkan rasa lega apabila dia kini sudah bebas selepas sekian lama menantikan saat itu. Dia juga memaklumkan bakal menguruskan urusan penceraian itu mengikut undang-undang Malaysia.

“Selama bergelar isteri masih banyak batas yang perlu diikuti. Secara sahnya kami memang sudah bercerai cuma dari segi undang-undang kami tiada dokumen yang lengkap.”

“Saya akan selesaikan pengesahan pendaftaran nikah kami 15 April ini di sini, saya akan selesaikan semua perkara di Malaysia. Saya tak akan diam dan jadi bodoh. Sebab kami ada anak.”

image is not available

Malah, Fara juga akan menuntut nafkah anak mereka yang bakal lahir pada bulan Julai nanti kerana baginya Shuk masih perlu jalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023, Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada Mac 2023.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.