
Fared Hakimi, atau lebih dikenali sebagai Kimi, mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menaiki podium di tempat kedua pada pusingan Malaysian Cub Prix (MCP) di Terengganu minggu lalu dalam kategori CP125 bersama Pasukan 31 Racing. Ini merupakan penampilan keduanya musim ini selepas kembali beraksi di Teluk Intan iaitu perlumbaan pertamanya musim ini.
Awal tahun 2025, Kimi tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan dan terpaksa meninggalkan kejohanan. Saat itu cukup menyedihkan buat dirinya dan keluarga memandangkan Kimi sememangnya pelumba muda berbakat besar yang pernah menjuarai kategori Honda One Make pada 2019 dengan 8 kemenangan daripada 10 pusingan.
Namun ketika bersaing di Kategori CP150, prestasinya sedikit merudum dan ramai menyangka kariernya sudah berakhir menjelang musim 2024. Nasib berubah apabila Pasukan 31 Racing tampil memberikan peluang setelah kejohanan sudah melewati separuh musim. Dengan jentera Yamaha, Kimi membuktikan kemampuannya dan terus menjejakkan kaki ke podium dalam hanya perlumbaan keduanya musim ini.
Dalam satu hantaran Facebook, beliau berkongsi kegembiraan kerana kembali bersaing di barisan hadapan. Kimi jelas menunjukkan potensi yang tinggi untuk kembali mencipta nama jika diberi peluang dan sokongan berterusan.
The post Fared Hakimi Gembira Kembali Jejak Podium. appeared first on TW Media.
