Farid Kamil Akui Tak Rasa Kesunyian Lepas Cerai, Tak Serik Untuk Bercinta Dengan Wanita Lain

EntertainmentLifestyle
23 May 2025 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas perceraian dengan aktres Diana Danielle pada Mac lalu, aktor Farid Kamil berkata dia tidak menolak sekiranya menemui wanita lain dan kembali bercinta.

Pelakon berusia 44 tahun itu bagaimanapun berkata dia tidak tergesa-gesa mencari pengganti dan menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada Yang Maha Esa.

Tambahnya, dia kini mahu lebih fokus untuk memperbaiki diri serta memperbanyakkan amal ibadah.

image is not available

Dalam pada itu, Farid juga enggan menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalan rumah tangganya sebaliknya menyifatkan perpisahan dia dan Diana sebagai takdir Tuhan.

Bagi Farid, kehidupan selepas perpisahan tidak seharusnya dipenuhi dengan rasa kesal atau dendam tetapi menjadi ruang untuk refleksi dan memperbaiki diri.

Farid juga berkata meskipun kini dia hidup sendirian selepas 13 tahun berumah tangga, dia tidak pernah berasa kesunyian malah bersyukur diberikan ruang untuk lebih menghargai kehidupan.

image is not available 2 months ago

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Untuk Kali Kedua