Farid Kamil Bersongkok Lilit Kain Putih Tiba Di Mahkamah, Netizen Tanya Kerabat Mana Pula Meninggal?

LocalEntertainment
20 Nov 2024 • 10:10 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
farid kamil

Pelakon popular, Farid Kamil hari ini tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk  prosiding penceraiannya bersama isteri, Diana Danielle.

Menerusi hantaran Official Hlive, kedatangan pelakon itu mencuri tumpuan di mana dia dilihat ceria memakai kurta dan bersongkok lilit kain putih.

Farid Kamil pakai kurta putih, songkok lilit kain putih

Namun, Farid hanya tersenyum ketika pihak wartawan bertanya sama ada pakaian itu mempunyai simbolik yang tersendiri.

Saya harap semua dapat mendoakan yang baik-baik. InsyaAllah.

Di ruangan komen perkongsian, netizen tertanya-tanya kerabat diraja manakah yang mangkat membuatkan Farid berpakaian seperti sedang berkabung.

“Kerabat mana meninggal?” – Netizen

image is not available

image is not available

Ada juga netizen bersangka baik beranggapan Farid secara tidak sengaja memakai songkok itu. Apa-apa pun didoakan semoga semua urusan pasangan selebriti ini dipermudahkan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Official Hlive