Farm Fresh labur RM288 juta bina ladang tenusu berskala besar pertama di Kemboja

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 6:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Farm Fresh labur RM288 juta bina ladang tenusu berskala besar pertama di Kemboja

PETALING JAYA: Kumpulan Farm Fresh Berhad melabur sebanyak AS$67 juta (RM288 juta) bagi membina ladang tenusu berskala besar pertama di Kemboja.

Projek dikenali sebagai Farm Frest Pursat, membabitkan Kawasan seluas kira-kira 1,000 hektar di daerah Veal Veng dan Pursat, Kemboja.

Ia dilaksanakan hasil kerjasama Farm Fresh dan Alpha Group Kemboja menerusi perjanjian pajakan tanah dengan Pentadbiran Wilayah Pursat dan Sonavith Co. Ltd.

Menurut Farm Fresh, projek akan memberi tumpuan kepada penubuhan ladang tenusu bertaraf antarabangsa dan pembinaan kilang pemprosesan susu tempatan untuk mengukuhkan rantaian pengeluaran tenusu Kemboja. Ia juga untuk mengurangkan import dan meningkatkan kapasiti negara itu untuk bekalan pasaran domestik dan eksport pada masa hadapan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee berkata, Syarikat gembira untuk melabur di wilayah Pursat dan mengalu-alukan insentif dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan Kemboja.

Beliau berkata, kemudahan pengeluaran dan pemprosesan susu segar berskala besar pertama di Kemboja itu dijangka membantu menampung jurang susu segar domestik dan menyokong permintaan tempatan yang semakin meningkat, sambil meningkatkan profil wilayah tersebut.

“Projek penternakan tenusu bernilai AS$68 juta ini bertujuan meningkatkan bekalan susu segar berkualiti tinggi domestik Kemboja dan memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.

“Sebagai sebuah syarikat tenusu terkemuka di Asia Tenggara, pelaburan kami di Pursat akan membantu meningkatkan profil wilayah berkenaan di seluruh Asia Tenggara dan di peringkat global,” katanya dalam kenyataan.

Farm Fresh dan Alpha Group telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran dan pemprosesan susu segar berskala besar pertama di negara berkenaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada 26 Oktober 2025.

Sementara itu, Gabenor Wilayah Pursat, Khoy Rida berkata, pelaburan besar di Pursat itu bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan menandakan peristiwa penting bersejarah bagi wilayah tersebut dan Kemboja.

Sebelum ini, Thailand membekalkan lebih 76 peritus daripada keperluan import tenusu negara itu.

Bagaimanapun, konflik yang berlaku telah mencetuskan krisis bekalan susu di kemboja. Keadaan itu mendorong kerajaan Kemboja mempercepatkan rancangan pengembangan pengeluaran susu segara di peringkat domestik. – UTUSAN

The post Farm Fresh labur RM288 juta bina ladang tenusu berskala besar pertama di Kemboja appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved