Farm Fresh catat peningkatan untung bersih kepada RM130 juta bagi FY26 dengan hasil RM1.12 bilion

LocalBusiness & Finance
31 Jul 2026 • 4:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih kepada RM130 juta bagi FY26 dengan hasil RM1.12 bilion Image from: Farm Fresh catat peningkatan untung bersih kepada RM130 juta bagi FY26 dengan hasil RM1.12 bilion amree31/07/2026 - 16:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 31 JulaiFarm Fresh Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kira-kira 21.53% kepada sebanyak RM130.4 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2026 (FY26).

 

Prestasi ini didorong oleh inovasi yang berterusan dengan pengenalan 12 produk baharu, peningkatan kapasiti pembuatan, serta strategi pengembangan pasaran secara agresif ke peringkat serantau.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, peningkatan keuntungan bersih ini menunjukkan pertumbuhan signifikan berbanding hanya RM107.3 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya (FY25).

 

"Selaras dengan kenaikan tersebut, pendapatan kumpulan melonjak kepada RM1.12 bilion, dengan berjaya melepasi angka hasil RM981.2 juta yang pernah direkodkan tahun lalu," kata Farm Fresh.

 

Keuntungan sebelum cukai (PBT) naik kepada RM143.4 juta berbanding RM115.2 juta pada FY25, dengan jumlah jualan 156.6 juta liter barangan siap, daripada 130.6 juta liter pada tahun sebelumnya.

 

Sementara itu, pendapatan sesaham (EPS) turut meningkat kepada sebanyak 6.92 sen berbanding hanya kira-kira 5.68 sen pada tahun lalu, manakala ekuiti pemegang saham mengukuh kepada RM827.9 juta.

 

Farm Fresh_DagangNews2026

 

Pemacu utama pertumbuhan positif ini ujar Farm Fresh, termasuklah kepelbagaian portfolio produk yang kini sudah merangkumi lebih daripada 220 unit simpanan stok (SKU) dan merentasi 12 jenama.

 

"Antaranya di bawah kategori tenusu, berasaskan tumbuhan, serta makanan dan minuman (F&B), selain berjaya menembusi pasaran Kemboja dan meningkatkan jejak perniagaannya di Filipina," tambahnya.

 

Di samping itu kata kumpulan berkenaan, langkah pengambilalihan jenama Sin Wah juga memperkukuh keupayaan pengedaran aiskrim keluarannya melalui rangkaian gudang dan kenderaan yang lebih luas.

 

Integrasi model perniagaan 'grass-to-glass' merangkumi tujuh ladang tenusu dan lima kemudahan pemprosesan terus menjadi keunggulan Farm Fresh memastikan kualiti dan kecekapan operasi tinggi.

 

Melangkah ke hadapan, ia kekal fokus pertumbuhan mampan dan amalan perniagaan bertanggungjawab bagi memperkukuh kedudukan sebagai jenama F&B serantau dipercayai. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved