Farm Price berpindah ke Pasaran Utama Bursa Malaysia mulai 9 September 2026

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2026 • 2:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Farm Price berpindah ke Pasaran Utama Bursa Malaysia mulai 9 September 2026 Image from: Farm Price berpindah ke Pasaran Utama Bursa Malaysia mulai 9 September 2026 liza04/09/2026 - 14:59 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Sept – Farm Price Holdings Bhd akan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 9 September 2026.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, pemindahan tersebut melibatkan sebanyak 451.24 juta saham terbitan serta 224.9 juta waran.

 

Farm Price diklasifikasikan di bawah sektor produk dan perkhidmatan pengguna dan mempunyai jumlah modal saham terbitan sebanyak RM39.66 juta.

 

Syarikat itu berkata, pemindahan ke Pasaran Utama itu tidak akan melibatkan perubahan terhadap nama singkatan sahamnya.

 

Kod saham dan kod ISIN Farm Price juga akan kekal tidak berubah selepas pemindahan penyenaraian tersebut.

 

Sebelum ini, Pengarah Urusannya, Dr. Lawrence Tiong Lee Chian berkata, kelulusan tersebut merupakan satu pencapaian penting yang mencerminkan pertumbuhan berterusan kumpulan, kematangan operasi serta komitmennya terhadap ketelusan dan amalan tadbir urus korporat yang baik.

 

Menurut beliau, kejayaan itu juga selari dengan agenda keselamatan makanan negara memandangkan sayur-sayuran segar merupakan antara keperluan harian yang penting dan syarikat komited menjadi pembekal yang konsisten serta boleh dipercayai di Malaysia dan Singapura.

 

Farm Price mula mencipta sejarah apabila menjadi pengedar sayur-sayuran segar pertama disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Mei 2024 yang meletakkan syarikat itu pada kedudukan yang unik dalam landskap korporat tempatan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved