“Fasa Baharu Dalam Hidup Saya,” T.O.P Sahkan Tidak Lagi Bersama BIGBANG

Music
1 Jun 2023 • 1:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Fasa Baharu Dalam Hidup Saya,” T.O.P Sahkan Tidak Lagi Bersama BIGBANG

SEOUL — Selepas meninggalkan YG Entertainment pada awal tahun lalu, anggota BIGBANG, T.O.P mengesahkan bahawa dia tidak lagi bersama kumpulan itu, lapor AllKpop.

T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun berkata demikian menerusi satu perkongsian yang dimuat di Instagram.

Tambahnya, dia kini dalam proses untuk mengeluarkan album sendiri.

“Masih lagi membuat album,” tulisnya dalam hantaran yang memaparkan dirinya sedang bermain alat muzik.

image is not available
Gambar: Instagram Choi Seung-hyun

Cetus Tanda Tanya Peminat

Sebelum ini, timbul persoalan dalam kalangan peminat mengenai pemergiannya daripada kumpulan BIGBANG sejak meninggalkan YG Entertainment.

Rata-rata warganet mengajukan soalan tersebut dalam ruangan komen.

“TOP adakah awak sudah tinggalkan BIGBANG?” komen seorang Netizen.

Bergerak Solo

Bagaimanapun misteri yang menyelubungi peminat akhirnya terungkap apabila artis Korea itu sendiri mengesahkan bahawa dia telah meninggalkan kumpulan tersebut.

“Saya telah pun menarik diri. Saya juga telah memberitahu kamu semua bahawa saya meninggalkan kumpulan itu dan saya telah memulakan fasa baharu dalam kehidupan saya sejak tahun lepas.

“Solo,” komen T.O.P kepada peminat di ruangan komentar.

image is not available

image is not available

Komen tersebut membuatkan peminat terkejut dengan keputusan anggota BIGBANG itu selepas tiada banyak berita mengenai pemergiaannya dari kumpulan.

Sehinga kini, BIGBANG hanya terdiri daripada tiga anggota yang masih kekal iaitu, G-Dragon, Taeyang, dan Daesung.

BIGBANG

Untut pengetahuan, BIGBANG merupakan sebuah kumpulan K-pop yang pada awalnya dianggotai oleh lima ahli termasuk G-Dragon (ketua kumpulan), Taeyang, Daesung, Seungri dan T.O.P.

Kumpulan itu mula ditubuhkan pada tahun 2006, di bawah kontrak YG Entertainment . BIGBANG mencipta fenomena dengan beberapa siri lagu hit seperti Lie, Fantastic Baby dan Bang Bang Bang.

Terdahulu, Seungri telah mengumumkan bahawa dia telah menarik diri daripada kumpulan itu dan industri seni pada Mac 2019. Ia selepas penyanyi itu terlibat dalam kontroversi terbesar di negara itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved