Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Beri Respon Isu Perceraian Rakan Artis

LocalEntertainment
8 Nov 2024 • 1:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fasha Sandha Aidil Aziz

Pasangan selebriti, Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz memilih untuk tidak memberikan sebarang reaksi negatif terhadap isu penceraian dalam kalangan selebriti sehingga ada yang menyifatkan ia seolah-olah menjadi ‘trend’ di industri hiburan. 

Menurut laporan mStar, Fasha berkata  yang dirinya dan Aidil sentiasa bertawakkal kepada Allah dan berusaha menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

Betul menakutkan, tapi semua itu perancangan Tuhan dan kita cuba sedaya upaya jaga rumah tangga kita.

Pelakon itu juga enggan memberikan komen berhubung penceraian rakan artis yang lain dan hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Aidil Aziz akui terkejut dengan berita penceraian artis

image is not available

Bukan tu jer, Aidil Aziz juga mengakui yang berita penceraian beberapa artis terkenal tahun ini cukup mengejutkan. 

Bagi Aidil, setiap pasangan yang berdepan ujian berat pasti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Secara jujurnya memang terkejut, ada artis yang kami kenal dan rapat tapi kami doakan yang terbaik saja.

Aidil percaya bahawa ujian dalam rumah tangga adalah sebahagian daripada takdir dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Untuk info, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan kini bahagia dengan kehadiran anak mereka, Aisha Amaira. 

Walaupun sering diuji dengan cabaran dalam dunia hiburan, mereka kekal positif dan fokus pada kebahagiaan keluarga.

#OhmediaNasihat

Perkahwinan adalah satu amanah yang memerlukan usaha dan kesabaran. Apa yang kita boleh pelajari daripada Fasha dan Aidil adalah kepentingan bertawakkal dan tidak cepat melatah dengan ujian. 

Daripada menghukum, adalah lebih baik untuk kita mendoakan agar setiap pasangan yang berdepan cabaran diberikan kekuatan. Semoga hubungan kita semua diberkati dan sentiasa dalam rahmat-Nya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved