“Saya Buat Kajian Punca Penceraian, Masalah Kewangan Punca Utama” – Nora Danish Nafi Ulas Topik Nafkah Untuk Perli Fattah Dan Fazura

LocalEntertainment
1 Nov 2024 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Nora Danish turut terpalit menjadi mangsa kecaman warganet kerana perkongsiannya menerusi sebuah podcast bersama Neelofa dan Natasha Ozeir yang didakwa seolah-olah menyindir penceraian pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura yang antaranya culas dalam pemberian nafkah.

Memetik dari Berita Harian, Nora berkata, podcast berkenaan telah dirakam sekitar Julai lalu selepas baru sahaja bercerai.

Kalau ikutkan memang nak keluar awal, tapi sebab sibuk dengan kerja, barulah sekarang podcast tu dapat disiarkan.

image is not available

Sejujurnya masa podcast hendak disiarkan, saya bimbang juga ada pihak yang tersinggung tapi pasukan kami berpendapat topik yang dibincangkan sangat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.

Pelakon itu turut berkata podcast itu bertujuan untuk mendidik orang lelaki agar tidak memandang remeh soal nafkah kerana ia boleh membawa kepada isu yang lebih rumit seperti curang, tidak sefahaman dan sebagainya.

Segala bil dan keperluan dapur menjadi tanggungjawab suami. Perbincangan dibuat berdasarkan tiga sudut pandangan yang berbeza mengikut status kami. Ia memang tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.

Pelakon itu turut menambah topik berkaitan nafkah itu tiada kaitan dengan pengalaman hidupnya.

image is not available 2 days ago

"Saya Ada ADHD, Bukan Bipolar" - Diana Danielle Betulkan Tanggapan Segelintir Pihak