Fasha Sandha sambut ramadan dengan Nora Danish & keluarga bekas suami tarik perhatian

LocalFamily & Parenting
17 Mar 2025 • 2:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Fasha Sandha sambut ramadan dengan keluarga bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai telah menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur apabila masih berpeluang untuk bersama insan tersayang itu walaupun sebelum ini pernah hadapi isu kekeluargaan.

Dalam perkongsian itu juga, turut kelihatan aktres Nora Danish yang hadir bersama keluarganya malah sempat bersua foto bersama Fasha Sandha.

Fasha Sandha sambut ramadan

Instagram will load in the frontend.

“Menangis, sebak. Anak-anak kami sudah besar. Syukur walaupun pernah juga melalui pengalaman merajuk-merajuk manja sesama kami awal-awal dulu. Biasalah kita semua manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan.

“Tetapi satu yang pasti, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni dan berkasih sayang. Mereka tidak pernah tahu tentang masalah kami sebab pada mereka kami adalah keluarga.

“Jangan jadikan keretakan rumah tangga sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak. Bagi kasih sayang yang lebih kepada mereka.

“Merajuk sekejap tak apa la. Kita manusia punya hati dan perasaan, bukannya robot. Tetapi lepas hadam dan damai dengan takdir, bangun dan pandang ke hadapan. Insya-Allah pelangi datang selepas hujan,” tulisnya.

Fasha Sandha sambut ramadan

image is not available

image is not available

image is not available

Pelakon filem Anak Mami The Movie itu meluahkan rasa teruja dan terharu apabila anak Nora iaitu Rayqal masih menganggapnya sebagai ibu.

Netizen turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat ikatan kekeluargaan kedua-dua aktres terbabit meskipun pernah lalui episod gelap dalam rumah tangga mereka.

image is not available image is not available

Semoga terus bahagia!

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar keharmonian keluarga mereka sentiasa terpelihara dan sentiasa bahagia bersama pasangan masing-masing.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, Fasha Sandha dan Nora Danish pernah melalui fasa dingin selama beberapa tahun selepas kedua-duanya pernah berkahwin dengan Jejai.

Namun, segalanya berubah apabila mereka masing-masing membina keluarga baharu dan akhirnya memilih untuk berdamai serta menjalin hubungan yang lebih baik.

Siapa sangka, dari ‘musuh’ kini jadi keluarga!

Sumber: Instagram @Fasha Sandha