Sambut hari lahir ke-34, Wawa Zainal kongsi rezeki dengan orang ramai

LocalEntertainment
13 Mar 2025 • 9:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wawa Zainal kongsi rezeki

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal kongsi rezeki dengan orang ramai bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin di laman Instagramnya, dia membungkus beberapa beg makanan yang mengandungi beras, telur, susu pekat manis, biskut dan roti.

Wawa Zainal kongsi rezeki

Instagram will load in the frontend.

Malah, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu turut memberikan sebiji kek bersaiz kecil dan wang dipercayai berjumlah RM300 kepada penerima.

“Alhamdulilah, terima kasih sudi menerima kek hari kelahiran Wawa,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian itu, Wawa telah mengedarkan sendiri beg makanan tersebut kepada orang awam yang berada di sekitar kawasan kediamannya.

Wawa Zainal kongsi rezeki

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Beri inspirasi kepada orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan terinspirasi dengan amalan yang dilakukan oleh aktres tersebut.

image is not available image is not available

Selamat hari lahir Wawa!

Dalam pada itu, ramai juga menggunakan kesempatan dengan menzahirkan ucapan hari lahir buat Wawa dan berterima kasih kerana menggunakan kekayaannya untuk bersedekah kepada insan yang memerlukan.

Sekadar info, Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Wawa Zainal