Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Stadium Tertutup Nilai atau diberi nama baru N9 Arena, Mohd Agmeer Farouke, memaklumkan persiapan venue menjelang Fire Cage Fighting Championship 2025 berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa itu hujung bulan ini.
