Fathia Latiff akui banyak khilaf, mahu jadi baik dengan tunaikan solat

2 Jul 2026 • 11:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fathia Latiff berkongsi pandangannya mengenai kepentingan solat yang disifatkan mampu membentuk sifat rendah diri seseorang hamba kepada Allah SWT.

Buang ego dengan solat

Image from: Fathia Latiff akui banyak khilaf, mahu jadi baik dengan tunaikan solat

Menerusi perkongsian di Threads Fathia menjelaskan bahawa solat mengajar setiap individu untuk sentiasa tunduk kepada Yang Maha Esa, tanpa mengira siapa mereka.

Image from: Fathia Latiff akui banyak khilaf, mahu jadi baik dengan tunaikan solat

 “Bagi saya, solat ini akan merendahkan ego kita, tidak kira siapa pun kita, kita tetap akan tunduk kepada Yang Satu,” ciapannya semalam.

Dalam perkongsian berasingan, aktres itu turut mengakui dirinya dahulu terlalu naif sehingga tidak mampu membezakan antara perkara yang baik dan buruk.

Menurutnya, pengalaman hidup banyak mengajarnya untuk menjadi lebih matang dalam membuat penilaian.

Image from: Fathia Latiff akui banyak khilaf, mahu jadi baik dengan tunaikan solat

“Saya dahulu sangat naif. Saya tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah.
“Banyak kesilapan yang saya lakukan, sekarang saya cuba menasihati apa yang patut atau tidak berdasarkan pengalaman. Semoga semuanya akan menjadi lebih baik, Insya-Allah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Fathia Latiff mula dekatkan diri dengan majlis ilmu – “Nak tengok suasana baru”

Terdahulu, aktres itu menjadi perhatian apabila berkongsi pengalaman baharu iaitu menghadiri sebuah majlis ilmu bukan sahaja untuk menambah pengetahuan malah merasai suasana yang berbeza daripada rutin hariannya.

Menurutnya, penyertaan dalam program sedemikian sebagai satu usaha positif untuk dirinya, tanpa mengira bagaimana pengalaman yang bakal diperoleh.

Sumber: Threads fatiyalatiff

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved