Fathia Latiff Tak Putus Asa Nak Dapatkan Perhatian Zahirah Macwilson – “I Wanna Duet With You”

Entertainment
26 Feb 2024 • 5:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nampaknya, pelakon Fathia Latiff masih berusaha untuk mendapatkan perhatian isteri kepada bekas kekasihnya Aiman Hakim Ridza iaitu Zahirah Macwilson.

Terbaru, Fathia meluahkan hasrat untuk berduet bersama Zahirah di TikTok namun ia tidak diaktifkan aktres jelita itu.

Hasrat itu dinyatakan Fathia menerusi satu hantaran di Instagram Story terhadap video Zahirah yang sedang menari bersama-sama ‘baby bumpnya’.

Fathia juga dilihat meninggalkan komen pujian terhadap gusi aktres tersebut.

image is not available

Omg girl, I wanna duet with you, by the way loving your gum.

Sebelum ini, Fathia menjadi bualan netizen di media sosial setelah dia tampil memberi gelaran ‘wajah seperti bibik’ kepada Zahirah.

Perkara itu kemudiannya melarat apabila Fathia seolah-olah mula ‘mencari pasal’ dengan Aiman dan Zahirah dan turut menuntut permohonan maaf daripada kedua-dua pasangan selebriti itu.

Namun begitu, di sebalik asakan yang diberikan Fathia di media sosial, Zahirah dan Aiman dilihat tenang menghadapi hari-hari seperti biasa dan tidak memberikan sebarang respon.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Dah Bertatoo Pulak Dia.." - Kongsi Foto 'Berkemban', Hantaran Terbaru Fathia Latiff Jadi Tumpuan Netizen