Nampaknya, Fathia Latiff masih belum move on dengan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza selepas sekali lagi memuat naik gambar lama mereka bersama di Instagram.
Bagaimanapun, gambar kali ini lebih mengundang apabila Aiman telah mendukung Fathia sambil dipeluk erat di belakang. Gambar itu difahamkan diambil ketika mereka hangat bercinta pada tahun 2013 sebelum menjadi suami kepada Zahirah MacWilson.
Bukan hanya berkongsi gambar, Fathia turut meminta Aiman membuat permohonan maaf secara terbuka jika mahunya berhenti.
Akan berhenti selepas awak (Aiman) meminta maaf kepada saya di khalayak ramai.

Apa yang dilakukan Fathia ini mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya meminta agar dia berhenti menganggu kebahagian rumah tangga Aiman dan Zahirah. Bagaimanapun, Fathia dilihat sudah memadam gambar tersebut di Instagram.

Kredit: Instagram

