Fathia Latiff Tampil Perjelas Salah Faham, Bukan Peguam Seperti Yang Disangka

17 Aug 2023 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Fathia Latiff tampil menjelaskan salah faham yang timbul sama ada dia kini sudah bergelar peguam baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fathia menyatakan bahawa dia bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan bukannya seorang pengamal undang-undang seperti disangka netizen.

image is not available

Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.

Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.

Malah, Fathia turut memohon maaf di atas salah faham tersebut sekiranya telah membuat kekeliruan terhadap mana-mana pihak.

image is not available

Sebelum ini, Fathia mendedahkan bahawa dirinya sudah menceburi bidang guaman dan turut menyertakan beberapa keping foto dan video bersama rakan-rakan sepejabat.

Terdahulu, pelakon Fathia Latiff pernah dikecam netizen kerana memakai tudung tetapi pendek sehingga menampakkan dadanya.

Kredit: Instagram

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Semoga baik-baik sahaja untuk Syafiq dan Mimi Kredit video: Owner video #syafiqkyle #mimilana #takjadikawin #batal #nikah #ohtrending #ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media