“Fatima Beritahu Dia Mimpi Daddy” – Fattah Amin Jawab Dakwaan Jarang Luang Masa Bersama Anak

EntertainmentPolitics
27 Jan 2025 • 1:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fattah amin

Nama selebriti popular, Fattah Amin semakin melonjak naik selepas berpisah dengan isterinya, Nur Fazura.

Buka je media sosial, memang muka Fattah Amin ni laku keras. Bukan setakat menjadi duta produk, Fattah juga sudah berjinak-jinak buat live.

Fattah Amin terlalu sibuk, jarang luang masa dengan anak?

image is not available

Kesibukan kerjaya membuatkan ada pihak mendakwa Fattah sudah jarang meluangkan masa dengan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Difahamkan, dakwaan ini timbul gara-gara hantaran Fattah Amin yang sempat berpesan kepada anaknya agar tidak bersedih walaupun hanya bertemu dalam tempoh singkat.

Lapor Gempak, Fattah menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak meluangkan masa bersama anak perempuannya.

Fattah Amin tahu tanggungjawab sebagai bapa

image is not available

Menurut Fattah, walaupun sibuk, dia sentiasa memastikan jadual kerjanya terancang agar dapat meluangkan masa bersama anak kesayangannya.

Kalau ada kata saya sibuk sampai tak jenguk anak, itu tidak benar. Saya sentiasa menghubungi dan mencari masa untuknya sebab Fatima tanggungjawab saya.

Tambah Fattah, dia dan bekas isterinya, Nur Fazura, telah membuat perjanjian untuk memastikan masa bersama Fatima tetap terjaga walaupun mereka kini tinggal berasingan.

“Fatima beritahu dia mimpi daddy. Beberapa malam dia mimpi saya”

image is not available

Dalam pada itu, Fattah turut berkongsi detik menyentuh hati apabila Fatima mengakui pernah bermimpi bertemunya kerana terlalu merinduinya.

Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy. Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh.

Ujar pelakon kacak ini lagi, dia sentiasa menyusun jadual kerja lebih awal sama juga tarikh melawat anak. Jadi tiada istilah terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berjumpa Fatima seperti yang didakwa.

#OhmediaNasihat

Sebagai ibu bapa, sudah tentu mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Didoakan semoga keluarga ini baik-baik sahaja walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Gempak


The post

appeared first on

.