Fatin Afeefa syukur peroleh hak jagaan penuh Ivy Herra selepas 3 tahun turun naik mahkamah: 'Mahu move forward dengan tenang...'

Lifestyle
22 May 2026 • 9:17 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Fatin Afeefa syukur peroleh hak jagaan penuh Ivy Herra selepas 3 tahun turun naik mahkamah: 'Mahu move forward dengan tenang...'

SINAR kebahagiaan jelas terpancar pada wajah bekas pelakon dan pempengaruh terkenal, Fatin Afeefa apabila kemelut panjang mengenai hak jagaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akhirnya menemui titik noktah yang menggembirakan.

Mana tidaknya, selepas tiga tahun terpaksa berulang-alik ke mahkamah demi memperjuangkan masa depan permata hatinya itu, segala lelah dan air mata kini terbayar dengan sebuah ketenangan yang dinantikan sekian lama.

Bagi seorang ibu, tiada apa yang lebih melegakan selain daripada mengetahui kebajikan dan hak anak tercinta kini berada dalam dakapan selamat.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman media sosial miliknya, Fatin meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila mahkamah memutuskan hak jagaan kekal penuh berpihak kepada dirinya selaku ibu kandung.

Keputusan itu sekali gus mengakhiri sebuah perjalanan turun naik mahkamah yang cukup menguji emosi dan mentalnya sepanjang tempoh tersebut.

Kata Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin, segalanya kini sudah diteliti dan diselesaikan dengan sebaik mungkin demi kebaikan semua pihak terutama buat anaknya yang sedang membesar.

"Alhamdulillah. Sebuah perjalanan yang panjang akhirnya bertemu titik noktah. Segalanya telah dimuktamadkan.

"Hak jagaan kekal penuh diberikan kepada saya sebagai ibu kandung," kongsinya dengan nada lega.

Bagi selebriti kelahiran Kuala Lumpur itu, kemenangan tersebut bukan sekadar satu pencapaian perundangan, malah ia merupakan satu tiket untuk dia dan anaknya melangkah ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

Fokusnya kini hanyalah untuk membina kehidupan yang lebih harmoni dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkara yang benar-benar penting dalam hidup mereka.

Malah, dalam perjuangan ini, Fatin juga sangat menitikberatkan emosi dan pandangan anaknya sendiri yang turut melalui fasa matang sepanjang proses berkenaan berlaku.

Image from: Fatin Afeefa syukur peroleh hak jagaan penuh Ivy Herra selepas 3 tahun turun naik mahkamah: 'Mahu move forward dengan tenang...'

"Sekarang adalah masanya untuk melangkah ke hadapan dengan tenang dan fokus kepada apa yang benar-benar penting, iaitu Ivy. Tiada lagi alasan, tiada lagi desakan yang tidak perlu.

"Suara Ivy juga penting, dan dia berhak didengari. Mari kita laksanakan peranan kita dengan sewajarnya untuk dia," katanya lagi yang mahu menutup buku lama dan membuka lembaran baharu yang lebih positif.

Bukan itu sahaja, berita gembira ini rupa-rupanya turut membawa khabar baik lain yang menjamin masa depan persekolahan Ivy.

Mahkamah Syariah dilaporkan turut memutuskan supaya bayaran nafkah bulanan dinaikkan, selain yuran persekolahan anak perempuannya itu akan ditanggung sepenuhnya oleh bekas suami, Adam Shahz.

Walaupun mengakui tempoh tiga tahun turun naik mahkamah bukanlah satu proses yang mudah dan sering kali meruntun jiwa, Fatin tetap cekal dan tabah demi memastikan keadilan mutlak berpihak kepada Ivy.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warga maya tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah serta kata-kata semangat buat Fatin.

Ramai yang memuji ketabahan luar biasa pempengaruh ini dan menganggap Ivy sangat bertuah mempunyai seorang ibu yang sanggup berjuang habis-habisan.

Salah seorang warganet meluahkan rasa bangganya melihat ketabahan Fatin sepanjang tempoh turun naik mahkamah tersebut.

"Alhamdulillah, melihat awak melalui segala ujian turun naik mahkamah selama ini, dan menyaksikan kekuatan serta perjuangan awak, saya tumpang gembira dan bangga dengan awak. ALLAH telah memakbullan doa awak, dan Ivy sangat bertuah mempunyai awak sebagai ibunya," tulis salah seorang pengikutnya di ruangan komen.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman peribadi yang hampir sama mengenai proses tuntutan di mahkamah syariah yang kadangkala memakan masa bertahun-tahun.

Image from: Fatin Afeefa syukur peroleh hak jagaan penuh Ivy Herra selepas 3 tahun turun naik mahkamah: 'Mahu move forward dengan tenang...'

Malah, ada yang sempat mengimbau kembali kenangan terserempak dengan pempengaruh itu ketika masing-masing sedang menguruskan kes perundangan mereka.

"Saya masih ingat semasa kes cerai saya tiga tahun lepas, awak datang dan duduk di depan saya. Ya ALLAH, lama betul kes ini berlarutan ya, masa itu pihak sana tidak hadir," kongsi seorang warganet lagi.

Melihat kepada situasi tersebut, seorang lagi pengguna media sosial turut memberikan pandangan bahawa urusan kes hadhanah (hak jagaan anak) sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi berbanding tuntutan lain yang boleh memakan masa jauh lebih lama.

"Ini baru kes hadhanah, kalau sambung dengan nafkah mahu pergi sampai 10 tahun. Sebab itu saya pilih untuk tuntut di sana sahaja," ulasnya lagi.

Apa yang pasti, segala doa yang tidak putus-putus daripada orang sekeliling akhirnya terjawab dan kini masanya untuk Fatin menikmati fasa kehidupan yang lebih aman, tenang dan bahagia bersama anak-anak tersayang tanpa sebarang gangguan lagi.

View Original Article