Fattah Amin Akhirnya Akui Terima Surat Tuntutan Dari Fazura

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 5:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fazura Fattah Amin

Pelakon terkenal, Fattah Amin mengesahkan dirinya telah menerima surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) daripada bekas isterinya, aktres Nur Fazura. 

Menurut laporan mStar, Fattah walau bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi butiran lanjut kerana menganggap isu tersebut sebagai peribadi.

Betul saya ada terima LOD rasanya bulan lalu. Saya pun kurang pasti tarikh sebenar. Itu adalah peribadi, saya tak boleh kongsi.

Fattah Amin serah kepada peguam

image is not available

Fattah juga memaklumkan bahawa beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak peguam untuk menjawab LOD yang diterima. 

Saya serahkan kepada peguam untuk menjawab.

Ikatan perkahwinan terdahulu Fattah dan Fazura

image is not available

Untuk rekod, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Walaupun berita ini mengundang pelbagai spekulasi, kedua-dua pihak masih memilih untuk tidak memberi kenyataan lanjut mengenai situasi yang berlaku.

#OhmediaNasihat

Setiap hubungan pasti ada cabarannya, termasuk selepas berpisah. Yang penting, hadapilah dengan matang dan serahkan kepada pihak yang lebih arif untuk menyelesaikan masalah. Jangan biarkan emosi menguasai tindakan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar