Fattah Amin akui terima LOD dari Fazura babitkan kenyataan isu kenderaan

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 5:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Fattah Amin akui terima LOD dari bekas isteri, Fazura membabitkan kenyataan isu kenderaan yang dilakukan di mahkamah tempoh hari.

image is not available

Fattah Amin akui terima LOD sebelum tunai umrah

Memetik laporan dari Harian Metro, Fattah akui menerima notis tuntutan tersebut sebelum berangkat menunaikan umrah tempoh hari namun tidak dapat berkongsi butiran lebih lanjut kerana ia disifatkan terlalu peribadi.

“Betul. Saya ada terima LOD bulan lalu iaitu sebelum mengerjakan umrah. Saya kurang pasti tarikh sebenar tapi pihak peguam sudah menjawab dan sudah diserahkan mengikut tarikh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima.

“Setakat ini, itu saja yang boleh saya kongsikan. Untuk urusan selanjutnya, kami tunggu saja di mahkamah,” katanya.

image is not available

Fattah Amin akui terima LOD, tak dapat kongsi sebab terlalu peribadi

Ujar pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, dia menyerahkan segala hal tersebut kepada pihak peguam dan tidak dapat berkongsi perkara itu kerana merasakan ia lebih baik disimpannya sendiri.

“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih elok simpan sendiri saja.” katanya.

image is not available

Terdahulu, Fattah Amin telah menyangkal kenyataan dibuat Fazura yang mengatakan telah memberi hadiah sebuah kereta mewah kepadanya sewaktu masih bergelar suami isteri.

Ujar pelakon terbabit, kereta yang dimaksudkan itu dibayar secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan.

Perkara tersebut dinyatakan sewaktu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu selepas sah bercerai talak satu dengan Nur Fazura.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)