Fattah Amin bukan robot -“Sudah tentu saya sedih, ada perasaan…”

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 12:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fattah Amin bukan robot, tegaskan masih ada perasaan pada isterinya yang juga aktres, Nur Fazura ketika ditemui media selepas prosiding perceraian Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia juga sedih dengan apa yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga perlu naik turun mahkamah.

“Sudah tentu saya sedih, macam yang pernah saya kongsikna sebelum ini.
“Saya sedih, itu perasaan saya. Saya ada perasaan, saya bukannya robot,”katanya.

image is not available

Fattah Amin bukan robot

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau memberitahu dia tidak mempunyai jawapan ketika diminta mengulas isterinya memfailkan perceraian sehari sebelum ulang tahun kelahirannya.

“Itu jangan tanya saya kenapa sehari sebelum ulang tahun.”jawabnya ringkas.

image is not available

Aktor berusia 34 tahun itu juga menyatakan keyakinanya bahawa rezeki, ajal dan jodoh telah ditetapkan ALLAH.

Malah, ketika diajukan sama ada konflik perceraian itu mengganggu kerja, Fattah mengakui beliau juga manusia biasa.

Fattah bagaimanapun enggan menjawab mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangganya bersama aktres jelita, Fazura.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini.

Peguam syarie mewakili Fattah Amin, Zulkifli Che Yong memaklumkan, anak guamnya masih belum bersetuju untuk melepaskan isteri Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian, hari ini.

image is not available

Terdahulu, nama pasangan yang masing-masing membintangi drama Hero Seorang Cinderella itu menjadi bualan hangat peminat apabila tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.